Ramai yang duk cari telemovie ni. Bagi aku ini telemovie lagenda arahan Mamat Khalid. Penuh dengan rasa klasik. Watak seperti Mat Topoi, Mat Karan, Wahab B dan Pak Jabit telah ada dalam drama ini cuma bertukar orang saja kecuali Man Kadir tetap dengan watak Pak Jabit dari dulu hingga filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Masa tu memang popular dengan telemovie keluaran melalui VCD. Telemovie Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys tak keluar VCD. Payah betul nak cari movie ni. Yang ada dalam youtube tak bertahan lama. Cepat2 download. Yang ni pun mungkin nanti tak dpt nak akses tengok. Baru 2 minggu upload. Tapi dalam video ni suara la pergi dulu tak sama dengan mulut, tapi ok la boleh layan.
Yang syok bila geng2 ni mainkan lagu Apache lagu asal kumpulan The Shadows dari Britain yang popular era 60an dulu. Hank Marvin yang main gitar sedap tu.Lagu Apache link
Lagu Riders in the sky yang dimainkan kumpulan The Shadows ini pun sedap layan, lagu ini juga diputar dalam filem Ghost Rider yang pertama semasa Johnny menunggang bersama si penjaga kubur.

Cara download
1.Pergi website ni untuk download melalui youtube http://www.savevid.com/
2.Copy url youtube tersebut dan paste kan di kotak download tersebut.
3.Pilih format yang korang suka. Aku suka save dalam format MP4 sebab memudahkan aku burn untuk mainkan di DVD player

0 comments:
Post a Comment