Update map garmin mobile XT


Aku jarang pakai garmin mobile xt yang di pasang pada C5-03 aku. Mudah hang bila zoom maps. Aku lebih suka pakai gps cabok aku jenama sensonic. Ingat sensonic bukan brand cap ayam. Sensonic banyak dengan produk2 komputer. Gps sensonic aku pakai map papago. Software falome lebih kurang macam eastgear mungkin sebab tu boleh pasang map papago eastgear pada sensonic ni. Sekarang tak boleh lagi update map untuk gps eastgear sebab mereka hanya updatekan map untuk software terkini v8 ke atas sahaja. Aku kongsi dengan pembaca blog aku ni bagaimana untuk update map garmin mobile xt.

1. Map boleh di download di laman web malfreemaps.com. Kena daftar dulu untuk download. Dah daftar klik kat Free Public Downloads dan pilih section garmin dan cari entri update terkini contoh link ini Free Malaysia & Singapore GPS Map: MFM-Garmin 120416

2. Download (pilih mediafire, download laju sikit)
3. Install, keluar pop up welcome to malfreemaps garmin map setup wizard, klik next.

4. Keluar pop up license agreement, klik accept

5. Select destination loation untuk install contoh c:/ dan klik next

6. Select map source display option klik costum polygons (mobile xt)

7. Ready to install, klik install.

8. Keluar pop up Do you wish to create a gmapsupp.img? klik yes
Image
9. Keluar MFM Garmin Map Generator - pilih lah map option yang disukai dan klik generate map.

10. Akan keluar pop up create MFM gmapsupp.img? klik no

11. Pergi kat c:/ cari folder Garmin/malfreemaps. Cari nama file gmapsupp. File yang banyak2 tu abaikan. Copy dan paste dalam folder mobile xt anda (copy dan replace yang lama)

Australia International School vs SK Bandar Hilir Melaka


Perlawanan kriket persahabatan kali ke-3 antara SKBH Melaka dengan Australia International School Singapore berlangsung pada 24 dan 25 Mac 2012. Terima kasih aku ucapkan kepada Naren Reddy atas bantuan pelbagai peralatan untuk sekolah selama ini dan terbaru aku dapat beg besar gabak penuh dengan peralatan kriket.

Aku ada beritahu Naren yang aku akan berpindah ke Terengganu tahun depan, dan hasil borak2 hari tu Naren berhasrat untuk bawa pasukan AIS ke Terengganu lawan kriket dengan sekolah yang aku pindah di Terengganu nanti. Jangan lupa bawa beg besar lagi, hahaha...

Hapuskan Timeline facebook

Facebook bagi mereka yang suka dengan ciri-ciri yang ditawarkan Mark Zuckerberg mungkin ianya satu muka buku yang menarik. Dan bagi yang tidak menyukai @ penentang revolusi facebook ada sebabnya. Bagi aku timeline sangat menyusahkan. Lambat loading. Sukar nak baca status yang berkeadaan tunggang terbalik tu. Cover photo yang sebesar gajah tu boleh menampakkan lubang hidung penuh bulu. Klu lu orang bosan dah main fb, cuba pula dengan google+, hahaha...

Facebook menarik minat aku kerana ciri2 asalnya (sebelum revolusi ke arah timeline bodoh tu). Ciri2 yang mudah itu aku. Cuba gi tanya mak bapak, atuk nenek lu orang yang ada facebook, dulu ata tak mereka bersosial di laman sosial seperti friendster atau myspace tak pun main mblog(ha3...), ada tak? tak ada punya. Dari yang buta internet terus jadi celik sebab munculnya facebook. Hapuskan timeline facebook. Anda pergi ke website timelineremove. Lepas tu pilih browser yang lu orang pakai untuk main facebook kemudian dia automatik install lepas tu restart balik browser tu. Lu orang klik lah like kat website tu, penat mereka pikir nak remove timeline bodoh tu, dengan klik like menandakan anda menyampah dengan timeline fb.

Copyright © / Blog Cabok