Telemovie Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys Full


Ramai yang duk cari telemovie ni. Bagi aku ini telemovie lagenda arahan Mamat Khalid. Penuh dengan rasa klasik. Watak seperti Mat Topoi, Mat Karan, Wahab B dan Pak Jabit telah ada dalam drama ini cuma bertukar orang saja kecuali Man Kadir tetap dengan watak Pak Jabit dari dulu hingga filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. 

Masa tu memang popular dengan telemovie keluaran melalui VCD. Telemovie Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys tak keluar VCD. Payah betul nak cari movie ni. Yang ada dalam youtube tak bertahan lama. Cepat2 download. Yang ni pun mungkin nanti tak dpt nak akses tengok. Baru 2 minggu upload. Tapi dalam video ni suara la pergi dulu tak sama dengan mulut, tapi ok la boleh layan.


Yang syok bila geng2 ni mainkan lagu Apache lagu asal kumpulan The Shadows dari Britain yang popular era 60an dulu. Hank Marvin yang main gitar sedap tu.Lagu Apache link

Lagu Riders in the sky yang dimainkan kumpulan The Shadows ini pun sedap layan, lagu ini juga diputar dalam filem Ghost Rider yang pertama semasa Johnny menunggang bersama si penjaga kubur.

 
Cara download
1.Pergi website ni untuk download melalui youtube http://www.savevid.com/
2.Copy url youtube tersebut dan paste kan di kotak download tersebut.
3.Pilih format yang korang suka. Aku suka save dalam format MP4 sebab memudahkan aku burn untuk mainkan di DVD player



Tukar symbian S60V5 anda jadi Android, window phone

 
SPB shell ini cara terbaik bagi pengguna hp symbian lama merasai pengalaman sama seperti pengguna lain seperti android, window phone atau symbian terkini seperti Belle. Aku pakai Nokia C5-03. Aku dah try SPB shell versi 3.7, dah pakai skin window phone 7, htc desire dan Google Nexus. Mantap. UI cantik. Nak update ramalan cuaca cepat, tiada masalah (guna wifi). Aku tak pasti kena hack dulu handphone atau tidak sebelum install SPB shell ni. Nokia C5-03 aku dah hack sebelum aku taruk SPB shell ni.

Jika kita cuci hp kita untuk mantapkan memory handphone seperti menggunakan aplikasi swiss manager, spb shell still running, tak tertutup selepas kita claim memory dengan kata mudah tak menyusahkan nak buka balik aplikasi yang kita gunakan. Jika anda guna QT shell aplikasi tersebut tertutup selepas kita cuci memory hp. Try QT shell sini
Cara pasang SPB shell
1. Download dulu SPB shell di sini
2. Dah download install macam biasa, lepas tu pergi cari SPB menu dan cari icon reg. Masukkan salah satu key di bawah: (tak masuk key, anda ada tempoh 15 hari shj utk testing SPB shell)



Radio bapakku fm

Masa aku buat blog cabok ni dengan tengah pening kepala nak pilih template yang sesuai, sambil layan radio internet bapakku fm milik lagenda DJ Isma Halil Hamzah pengasas pemarkahan rock kapak. Penghibur setia aku pasca SPM sebelum aku sambung belajar dulu. Dulu kerja kedai makan. Subuh baru tutup kedai. Memang layan radio RTM la masa tu. Masa tu tempat aku masih belum dapat frekuensi radio era. Siapa peminat Isma Halil boleh layan jiwa di laman web ini bapakkufm. Radio internet antara yang mempunyai reputasi rating yang tinggi. 

Bapakku.fm - Suka hati Bapak Aku la!!!!


 

Blog Cabok


Assalamualaikum,

Hari ini hari Jumaat. 16 Mac 2012 dengan rasminya blog cabok beranak. Nak lari dari blog2 aku yang sedia ada,bosan, blog skema. Nak simple2 je.  

Copyright © / Blog Cabok